Thursday 17 February 2011

INTIMACY

INTIMACY merupakan sebuah kumpulan rock hasil gabungan 5 rocker muda yang dulunya terpinggir dari dunia asalnya.Kehidupan seharian penuh dengan pancaroba sehinggakan timbul satu perasaan untuk seseorang menyantap irama rock Ala-Ketuhanan. Sebegitu juga dengan kumpulan rock ini dimana jiwa mati seorang pujangga bernafas kembali apabila telah sekian lama menyepi. Saffuan (Vox) merupakan bekas anggota CHROMES,VISTA BAND dan PROJEK…S telah mempersidangkan agenda untuk kembali kedunia muzik kepada shaarie (Guitaristar) dan Ery (Drummer swasta) yang merupakan bekas anggota HIGH DISPENSER. Agenda ini juga telah mendapat sokongan hebat dari anak muda rockaramaAzam Azman (Guitaristones / Back-up Vox) merupkan seorang penggiat seni generasi Y. Hampir 3 minggu berselangan kumpulan rock ini mengalami masalah tiada pemain bass. Namun sebegitu ia bukan satu halangan untuk menerus kan perjalanan ini. Sementara menanti kemunculan ahli baru, Saffuan memikul tanggungjawab untuk menyanyi sambal menggetel nadi hiburan (Bass-line)..Roy (Bassistranger) merupakan bekas anggota kumpulan rock THE GREMLIN telah menyertai INTIMACY untuk bermain bass dan tidak lama kemudian Azam pula terpaksa mengundur diri dari INTIMACY atas alasan peribadi.  Namun untuk punca masalah dapat di atasi dengan baik apa bila Misz THE GREMLIN menawarkan diri untuk terus bersama band ini bagi menggantikan kekosongan jawatan yang diperlukan.INTIMACY memperjuangkan konsep ALTERNATIVE ROCK / METALAYSIA berunsur ketuhanan, kehidupan, peperangan, pecintaandan lain-lain.Dalam tempoh yang lebih pantas INTIMACY telah mencipta lebih 10 buah lagu.Keakraban dalam jalan yang sehaluan INTIMACY telah menemui corak dan gaya mereka sendiri untuk meneruskan perjuangan berunsur dakwah ini. Kepada anda yang ingin mengenali INTIMACY dengan lebih erat lagi sila lawati INTIMACY di WWW.INTINMACY.WEEBLY.COM dan pada anda yang ingin berceloteh bersama INTIMACY sila serach facebook “intimacy” untuk menjadi friends family. Sekian sahaja dari editory “INTIMACY” Melt-imedia.
\\\..ASSALAMUALAIKUM..///